December 19, 2011

Jln2 time cuti..

Rabu nanti aku & family nk g negara org. Saja nk berjalan2. Yela, time cuti ni la boleh jln. Kalau time lain, susah sikit sbb nnti semua org sibuk. Sibuk dgn kerja la, sekolah la, rumah la. Mcm2. So, apa lagi. Enjoy je la ! :D


*tapi nnti mesti penat la.  sbb sibuk asyik berjalan T.T

December 14, 2011

Suka suki..

Hari ni 1 family aku mkn KFC. Sedap woo ! Hehe. Lepas sehari ber shopping ! ;) Tapi sorry la hari ni aku xde mood sgt la nak tulis. Penat sehari berjalan ni pon tak habis lagi. Okey la, assalamualaikum semua !
^.^


*esok balik Penang. malas la plak nak kemas barang. huhh O.O 

December 12, 2011

Kenangan terakhir..

Hari tu 6/12/2011, kls aku ada buat jamuan kelas utk yg terakhirnye pada waktu sekolah ni. Mmg best jgk la, ye la sbb ni kiranya mcm kali terakhir je jumpa dgn budak2 kelas. Mybe lepas ni ada yg dah bz, so x boleh jumpa pulak nanti. Walau pape pon, korg akan selalu dihati. :D


Aku akan rindu korg semua ! Rindu dekat cikgu2, sekolah n segala pengalaman aku kat situ dari form 1 - form 5 . Mcm2 kenangan ada, gembira, sedih, kecewa, n mcm2 lagi la perasan yg susah nk digambarkan. Korg yg baca ni, paham2 je la yee perasan ada yg ada. Hehe. 


Kali ni jgk aku nak ucapkan TERIMA KASIH sgt2 dekat cikgu2 yg mencurahkan segala ilmu kat aku. TERIMA KASIH jgk dekat kwn2 aku yg sanggup nak layan keranah aku selama aku kwn dgn diorg. TERIMA KASIH sgt2 tau ! Tanpa korg, mybe hidup aku x bermakna. N TERIMA KASIH dekat teman2 aku yg selalu membimbing aku untuk berubah menjadi yg lebih baik. Mybe kalau diorg x kasi tau aku apa kelemahan aku, mesti sempai sekarang aku x tau apa kesilapan n kelemahan aku. Beruntung aku dapat kenal n kwn dgn mereka. :)





*ni makanan kteorg :')

November 04, 2011

Semuanya adalah yg terbaik utkmu..

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? 

QURAN MENJAWAB 
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui 
org2 yg dusta." 
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? 
QURAN MENJAWAB 
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." 
- Surah Al-Baqarah ayat 216 


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? 

QURAN MENJAWAB 
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
- Surah Al-Baqarah ayat 286 


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST? 

QURAN MENJAWAB 
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." 
- Surah Al-Imran ayat 139 


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? 

QURAN MENJAWAB 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah 
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." 

August 25, 2011

Buatmu..

Kiranya tempias membasahi jendelamu,
Itulah tandanya air mataku mengalir mengingatimu,
Kiranya kau tersedar ada darah di jemarimu,
Itulah tandanya ada sesuatu terjadi kepadaku,
Andainya engkau tersentak dari lamunan panjangmu,
Itulah tandanya aku sedang merindui dirimu,
dan
Andainya engkau terbangun dari tidurmu tika ayat-ayat al-Quran mendayu di Subuh sunyi,
Itulah tandanya aku 'pergi' dulu sebelummu...



Mungkin saja aku tak berkesempatan lagi untuk mengungkap kata maaf buatmu, dan cuma di kesempatan ini yang ada...



Ingatlah kata-kataku ini,
" Sesungguhnya, aku mencintai sahabat sepertimu sepertimana aku mencintai nyawaku, dan aku akan selalu menyanyangi persahabatan ini tidak kira aku masih bernafas ataupun tidak bernyawa lagi. Andainya itu terjadi, maafkanlah aku atas dosa-dosaku padamu selama ini."

" Himpunkalah senda tawa kita, andainya engkau kerinduan, itulah jadi penawarnya. Dan kupohon, ingatlah aku di hatimu selagi terasa ia bererti buatmu."

" Semoga Allah S.W.T menjagamu di sepanjang persahabatan kita, di sepanjang perjalananmu tika aku telah tiada nanti. Sungguh, ku menyanyangimu wahai sahabat..."





August 17, 2011

Trust..

‎"I trust you" is a better compliment than "I love you" "coz you may not always trust the one you love… but believe me you can always love the person you trust for the rest of your life."



August 07, 2011

IMissYou..

All times when I want to touch you.. Even when I know that I can't.. I think of you and the wonderful moments we spent together.. It makes me feel like You're right by my side even when you're miles away..



I thought about you
all day today and
I just wanted to let
you know..
That
~I miss you~



August 05, 2011

Kasih Untukmu..

Tuhan aturkan antara kita dengan 1 pertemuan . Dalam 1 pertemuan , ditetapkan 2 hati : [ Saya & Awak ] . Dalam 2 hati , tuhan berikan 3 rasa : [ Sayang , Kasih & Kasihan ] . Dalam 3 rasa itu , diselitkan 4 tujuan : [ Berkenalan , Berteman , Berkawan & Bersama ] . 




Dalam 4 tujuan itu , tersembunyi 5 ayat : [ Teman Baik Selalu Di Sisi ] . Dalam 5 ayat itu , tersembunyi 6 impian iaitu : [ Sayang + Kekal + Setia + Mengerti + Menghargai + Mengingati ] Serta dalam 6 impian itu , tersimpul 7 huruf iaitu SAHABAT ]


~I Love You Just The Way You Are~ 

August 02, 2011

Bila Dah Suka.. (Novel)

Kata orang, cinta pertama paling sukar utk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dlm bercinta, kita memerlukan masa yg lama utk sembuh. Benarkah begitu ? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan ?



Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dgn nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yg tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah.. tapi apa sekalipun, dia yakin yg dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.





                 

August 01, 2011

Islam Itu Indah..

ALAM remaja adalah alam yang sangat mencabar sehingga disebut nabi dalam satu senarai orang kenamaan akhirat adalah remaja yang terselamat dan menyelamatkan diri daripada zina.
Maksud hadis:  “Lelaki yang apabila diajak perempuan cantik berzina lalu berkata, ‘sesungguhnya aku takut kepada Allah.’”
Sebagai satu agama yang amat hebat, Islam menampilkan cara pengawalan yang sangat berkesan dalam mengatasi penyakit seksual iaitu sebagaimana dalam firman Allah yang kita baca di atas, perkataan ‘jangan kamu hampiri zina.’ Semuanya bermula dengan pergaulan bebas tanpa batas, berkawan tak salah yang salahnya bila melampaui batas. 
Contohnya, pertemuan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya di tempat sunyi.
Dalam konteks hari ini lebih di kenali dengan istilah ‘khalwat’ mengikut kebiasaannya apabila dua orang yang bukan mahramnya bertemu di tempat sunyi, mereka akan mudah terdorong untuk melakukan maksiat.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah ia melakukan pertemuan dengan seorang perempuan tanpa disertai mahramnya kerana sesungguhnya yang ketiga itu tentulah syaitan.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan lain-lain)
Dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya jika kepala seseorang dari kamu ditikam dengan jarum besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.”
Dari hadis di atas dapatlah kita mentakrifkan bahawa persentuhan badan antara lelaki dan perempuan bukan mahram adalah dilarang keras Allah s.w.t.
Oleh itu,  jauhi la zina~
Semoga kita menjadi hambanya soleh dan solehah. Amin~ :)

July 30, 2011

Tiba Lagi ! :D


Esok maybe dah start puasa utk thn 2011.. rse mcm sekejup je.. pejam celik dah nak start puasa.. so, aku harap.. korg semua puasa penuh2 la yee.. nnti baru best kalu nak raye ! ^.^  
Ni aku rse nk beri nasihat sikit la kat diri aku n jgk utk korg.. hopa korg dgr yee nasihat ni.. 


* Bulan puasa ni  mengajar kte supaya kawal nafsu tuu.. mcm mkn n minum.. tpi tu semua org msti la tau kn ? hehe.. yg lain contohnye mcm kawal nafsu tu drpd asyik bercakap benda yg x berfaedah.. n dlm bln yg mulia ni, cuba dapatkan sebyk mungkin pahala.. lakukan segala kebaikan n jauh segala kemungkaran..
Tapi kalu nk lakukan sesuatu tu, biar la ikhlas.. jgn la lakukan sesuatu tu sbb terpaksa plak yee..huhu

Okey la, tu je pesanan aku utk korg semua yg disayangi :)
Assalamualaikum~  

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kpd seluruh umat Islam 
:D 

July 29, 2011

2 Dalam 1..

* Yg pertama, waktu kat sekolah tdi, rasenye sehari mcm x belajar.. n tibe la   waktu pjk.. Aku n kwn semua x tau nk buat apa sbb cikgu x de waktu tu.. cikgu ade hal.. then, kteorg main la A, B, C sampai la Z.. mcm budak2 je.. haha.. tgh seronok main2 mcm tu.. tibe2 je cikgu akaun, Cik Ng Sook Wai pon masuk, abis semua kelam kabut susun meja n kerusi balik..haha.. best ! :D Tpi yg x bestnye waktu kat sekolah tadi, aku asyik selesema jee.. tension betul, sampai pedih jgk la hidung aku ni.. merah abis :(





* Hmm yg kedua plak, malam tu.. lps balik dari tsyn.. Aku pergi 1 kedai ni jup.. nk beli makanan.. then, order jee la.. Lepas dah abis makan, nak pegi la bayar.. tgk2, harga mahal laa.. terkejut edenn =,=
Hmm, pape pon.. makanan dia sedap.. mmg laa, hehe.. Tapi kirenye ni 1 pengajaran la, jgn terus main order jee.. tgk dulu harga dia.. haha
Supaya x menyesal, hehe ;)
Okey la, tu je dari aku.. Bye semua, ILY ! :)